- Iklan -
Berita

Lebih 7.8 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat 29 Jun

5.6 juta menerima dos pertama manakala 2.2 juta lagi menerima dos kedua.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menunggu giliran vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) mega di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Gambar: Bernama
Orang ramai menunggu giliran vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) mega di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Gambar: Bernama

Sebanyak 7,824,912 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata daripada jumlah itu 5,610,911 adalah penerima dos pertama manakala 2,214,001 individu lagi telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 231,733 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 287,127 orang, diikuti Sarawak (246,259), Johor (233,239), Perak (201,040) dan Sabah (188,690).