- Iklan -
Berita

Kes baru kekal di angka lebih 6,000

Selangor dan Negeri Sembilan catat kes harian tertinggi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos ke dua  kepada penghuni Pusat Transit Gelendangan Kuala Lumpur di Anjung Kelana, Taman Desa.
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos ke dua kepada penghuni Pusat Transit Gelendangan Kuala Lumpur di Anjung Kelana, Taman Desa.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,276 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 751,979.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,836 disusuli negeri Sembilan (644), Kuala Lumpur (625), Sarawak (376), Johor (299) dan Sabah (242).

Hanya Perlis (5) sahaja yang mencatatkan kes harian satu digit hari ini

Negara juga mencatat sebanyak 4,929 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 682,680.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 64,129.

Dalam pada itu, 905 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 452 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 62 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 5,170.