Friday, July 30, 2021

Jabatan kebajikan bantu gelandangan daftar vaksinasi di Sarawak

Mohd Firuz Abu Bakar menerima lawatan pegawai jabatan kebajikan yang membantunya mendaftarkan nama untuk vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Other News

Jabatan kebajikan memberikan bantuan kepada seorang gelandangan di yang tidak mengetahui cara untuk mendaftar bagi vaksinasi Covid-19 di Kuching, Sarawak.

Sebelum ini, Mohd Firuz Abu Bakar memberitahu MalaysiaNow dia berharap dapat menerima vaksin namun tidak mengetahui sama ada dia layak menerima vaksin dan bagaimana cara mendaftar vaksinasi.

Firuz pernah bekerja sebagai juru kimpal di Kuala Lumpur, namun kini lelaki itu hidup sebagai gelandangan di Kuching sejak empat tahun lalu.

Memberikan respons kepada laporan MalaysiaNow, pasukan jabatan kebajikan menemui Firuz dan rakannya di pasar tempat lelaki itu bekerja dan membantunya mendaftarkan nama di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Mereka turut memberikan bantuan makanan dan menawarkan penempatan di pusat transit gelandangan.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menolak tawaran tersebut dan memilih untuk mandiri.

Pasukan itu turut merekodkan lokasi Firuz dan rakannya bagi tindakan susulan selain nasihat mengenai langkah keselamatan daripada jangkitan wabak. Firuz juga turut diminta datang menermui pegawai jabatan itu jika memerlukan bantuan.

Dalam sebuah kenyataan, jabatan kebajikan dan pejabat kesihatan Sarawak berkata pihak mereka komited untuk memastikan seluruh warga Sarawak divaksinasi tanpa mengira status.

Mereka turut berkata data maklumat gelandangan di negeri itu sedang dikumpul bagi tujuan tindakan susulan selain membantu mereka untuk mendaftar vaksinasi.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles