Sunday, July 25, 2021

Tak ada faedah terkompaun, penalti lewat bayar, sama seperti moratorium tahun lalu

Moratorium automatik yang diumumkan di bawah inisiatif Pemulih adalah sama seperti apa yang dilaksanakan tahun lalu.

Other News

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium yang ditawarkan dalam Pemulih.

Zafrul berkata bank bersetuju untuk melaksanakan moratorium berdasarkan syarat-syarat yang sama seperti diumumkan dalam mratorium enam bulan yang dijalankan tahun lalu.

Menurut Zafrul, fokus utama pemberian moratorium itu adalah untuk membantu rakyat yang kini dalam kesusahan akibat pandemik.

Semalam Putrajaya mengumumkan kelonggaran proses bagi peminjam untuk memohon moratorium pinjaman bank sebagai sebahagian daripada inisiatif bantuan kewangan Pemulih bernilai RM150 bilion bagi mengurangkan impak ekonomi sepanjang “lockdown” di seluruh negara.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata moratorium enam bulan bagi semua golongan termasuk B40, M40 dan T20 bermulai Julai.

“Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

“Anda Cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik,” katanya,” katanya.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles