Friday, July 30, 2021

Kes baru catat 6,437 jangkitan, korban Covid-19 rekod 107

905 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 455 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,437 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 745,703.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,299 disusuli Kuala Lumpur (1,361), Negeri Sembilan (700), Kedah (284), Johor (271), dan Melaka (252).

Perlis bagaimanapun tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,298 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 677,751.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 62,844.

Dalam pada itu, 905 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 455 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 107 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 5,108.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles