- Iklan -
Berita

AIA berikan vaksin kepada ejen, kakitangan

Syarikat itu mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa bagi mempercepatkan vaksinasi kakitangan mereka

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kini menyaksikan hampir 7.5 juta penerima suntikan di seluruh negara.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kini menyaksikan hampir 7.5 juta penerima suntikan di seluruh negara.

Syarikat insurans, AIA Berhad sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa, persatuan dan syarikat kesihatan, bagi mempercepatkan suntikan kepada para pekerja dan agen insurans yang bernaung di bawah syarikat itu.

AIA berkata perniagaan syarikat itu dikategorikan sebagai essential, di samping ramai kakitangan dan ejen terdedah risiko jangkitan Covid-19 ketika bekerja.

“Kita menggalakkan mereka yang belum mendaftar untuk berbuat demikian. Pada masa yang sama, kita menggalakkan agensi-agensi di bawah kita untuk mendaftar dengan Program Vaksinasi SELangkah yang dikelolakan kerajaan Selangor supaya mereka menyumbang ke arah imuniti kelompok.

“Kita juga memberikan masa kepada kakitangan untuk membolehkan mereka hadir janji temu vaksinasi seperti yang tertera di aplikasi MySejahtera,” kata AIA dalam sebuahkenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tular beberapa di laman sosial Twitter kakitangan AIA  menyatakan mereka menerima vaksin Pfizer sebagai ganjaran daripada syarikat tersebut.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata pemberian vaksin kepada pihak swasta, kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan akan dilakukan serentak dalam fasa ketiga dan keempat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.