- Iklan -
Berita

Kes baru catat 5,218 jangkitan, korban Covid-19 jangkau 5,000

Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mencatat kes harian tertinggi disusuli Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga emas menerima vaksin di PPV. Program vaksinasi kebangsaan kini mencatat kadar vaksinasi tertinggi dalam kalangan negara Asean. Gambar: Bernama
Warga emas menerima vaksin di PPV. Program vaksinasi kebangsaan kini mencatat kadar vaksinasi tertinggi dalam kalangan negara Asean. Gambar: Bernama

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,218 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 739,266.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,989 disusuli Negeri Sembilan (629), Kuala Lumpur (469), Sarawak (409), Perak (400), dan Sabah (258).

Hanya Putrajaya (8) dan Perlis sahaja mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 4,744 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 672,453.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 61,812.

Dalam pada itu, 899 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 451 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 57 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 5,001.