Friday, July 30, 2021

Kerajaan tumpu isu keselamatan siber, pacu ekonomi negara, kata PM

Menurut Muhyiddin, mana-mana negara tidak akan mampu untuk menangani masalah ancaman siber secara sendirian kerana ia tidak mengenal batas sempadan.

Other News

Keselamatan siber perlu menjadi keutamaan setiap negara, terutama dalam perkara yang mendasari ekonomi dan keselamatan negara berkenaan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, isu keselamatan siber telah menjadi antara bidang tumpuan utama kerajaan untuk melengkapkan usaha ke arah memacu pertumbuhan ekonomi negara ini.

“Perkara ini (keselamatan siber) telah menjadi suatu isu dan mana-mana negara didapati tidak akan mampu untuk menangani masalah ini secara sendirian berikutan ancaman siber tidak mengenal batas sempadan dan menjadi semakin canggih serta rumit.

“Kita juga tidak terkecuali dalam memberi penekanan terhadap elemen keselamatan siber dalam setiap inisiatif,” katanya ketika merasmikan Pameran dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber 2021 (CYDES 2021) yang diadakan secara maya, hari ini.

Muhyiddin berkata isu berkenaan juga menuntut kerajaan untuk memberikan perhatian serius berikutan peningkatan ancaman dan jenayah siber, sejak tiga tahun lepas.

MENYUSUL LAGI

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles