- Iklan -
Berita

AstraZeneca mulakan ujian vaksin ‘booster’

Vaksin baru yang dinamakan AZD2816 dicipta menggunakan bahan utama yang sama seperti vaksin AstraZeneca.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Vaksin AstraZeneca adalah vaksin utama yang dibekalkan fasiliti Covax  ke negara-negara miskin dunia. Gambar: AP
Vaksin AstraZeneca adalah vaksin utama yang dibekalkan fasiliti Covax ke negara-negara miskin dunia. Gambar: AP

AstraZeneca dan Universiti Oxford memulakan ujian vaksin baru yang diubah suai pada pada Ahad Sunday untuk melawan varian Beta Covid-19 yang pertama kali ditemui di Afrika Selatan.

Ujian vaksin “booster” itu melibatkan sekitar 2,250 peserta dari Britain, South Africa, Brazil dan Poland.

Mereka termasuk penerima lengkap vaksin AstraZeneca atau vaksin mRNA seperti Pfizer selain mereka yang belum menerima sebarang suntikan vaksin.

Vaksin baru yang dinamakan AZD2816 dicipta menggunakan bahan utama yang sama seperti vaksin AstraZeneca namun genetiknya diubahsuai daripada protein berdasarkan varian Beta.

“Ujian dos booster daripada vaksin-vaksin yang ada dan vaksin varian baru adalah penting bagi memastikan kita bersedia lebih awal daripada pandemik koronavirus sekiranya ia diperlukan nanti,” kata Andrew Pollard yang merupakan pengarah Oxford Vaccine Group di Universiti Oxford.

Program vaksinasi Britain dianggap antara yang berjaya di dunia namun pakar masih tidak mengetahui berapa lama perlindungan vaksin itu dapat kekal dalam tubuh.

“Kajian ini boleh memberikan bukti yang kukuh sama ada dos lanjut termasuk yang ‘diubah suai’ bagi melawan virus baru ini mungkin diperlukan pada masa akan datang,” kata Maheshi Ramasamy, pengkaji utama di Oxford Vaccine Group.

Data awal daripada ujian itu dijangka akan diperolehi tahun ini.

Vaksin-vaksin yang digunakan ketika ini dipercayai kurang efektif bagi varian Beta walaupun varian Delta yang muncul di India lebih membimbangkan orang ramai.

Walaupun vaksin utama dipercayai sangat efektif dalam mencegah penyakit serius, kebolehjangkitan varian Delta kini telah menyebabkan kenaikan mendadak jangkitan di beberapa buah negara, termasuk Britain.