- Iklan -
Berita

Lebih 2 juta terima 2 dos lengkap vaksin Covid-19

Ini merupakan 6.2% daripada populasi rakyat Malaysia.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menyediakan suntikan vaksin Pfizer sebelum vaksin disuntik kepada penerima. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan menyediakan suntikan vaksin Pfizer sebelum vaksin disuntik kepada penerima. Gambar: Bernama

Lebih dua juta rakyat Malaysia diberikan menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 setakat ini ketika Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terus dipergiatkan.

Dalam info grafik dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dimaklumkan 2,021,956 orang atau 6.2% daripada populasi sudah menerima dua dos suntikan sehingga 26 Jun.

Sementara 5,204,993 atau 15.9% menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin diberikan dalam negara berjumlah 7,226,949 setakat ini.

Sejumlah 187,877 orang menerima suntikan vaksin semalam yang mana 55,598 daripadanya menerima dos kedua.

Selangor mendahului negeri-negeri lain dari segi individu melengkapkan pengambilan dua dos vaksin Covid-19 dengan 268,730 diikuti Sarawak (212,978), Johor (211,797), Perak (187,852) dan Kuala Lumpur (170,621).