- Iklan -
Berita

Lebih 7 juta terima vaksin setakat semalam

Jumlah itu merangkumi 5,072,714 penerima dos pertama dan 1,966,358 individu menerima suntikan dos kedua vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos kedua  kepada penghuni Pusat Transit Gelendangan Kuala Lumpur di Anjung Kelana, Taman Desa. Pembangunan vaksin mRNA di Malaysia sudah bermula November tahun lalu dan kini dalam peringkat pembuktian konsep.

Sejak pelaksanaannya hingga semalam, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menyaksikan 7,039,072 dos vaksin diberikan kepada penduduk di negara ini, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 5,072,714 penerima dos pertama dan 1,966,358 individu menerima suntikan dos kedua vaksin.

“Sebanyak 215,968 suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Adham berkata daripada jumlah suntikan vaksin yang diberikan semalam, 148, 380 merupakan dos pertama manakala 67,588 adalah suntikan dos kedua, pelengkap vaksinasi.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 262,635, diikuti Sarawak (202,741), Johor (201,340), Perak (181,545) dan Kuala Lumpur (170,594).