Thursday, July 29, 2021

Kes baru kekal lepasi 5,800 bagi hari ketiga

Selangor catat kes tertinggi diikuti Negeri Sembilan dan Sarawak.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,803 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 728,462.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,108 disusuli Negeri Sembilan (741), Kuala Lumpur (628), Sarawak (491), Melaka (355), dan Johor (329).

Hanya Perlis (4) mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,193 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 662,932.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 60,646.

Dalam pada itu, 866 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 435 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 81 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 4,884.

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles