Wednesday, October 27, 2021

Kerajaan benarkan kontraktor G1,G2 dilantik PBT beroperasi laksana projek kecil

KPKT berkata kontraktor berkenaan tidak perlu mendapatkan kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS.

Other News

Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi projek berskala kecil di bawah PBT dibenarkan beroperasi dalam tempoh fasa 1 perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa serta-merta.

Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) memaklumkan kontraktor berkenaan tidak perlu mendapatkan kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS yang diselenggara kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti).

“Sebaliknya surat kebenaran beroperasi akan dikeluarkan PBT bagi mempercepat proses kerja,” menurut KPKT dalam kenyataan hari ini.

Menurut KPKT, surat kebenaran beroperasi dikeluarkan PBT adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kementerian kesihatan (KKM), kementerian kerja raya (KKR) dan peraturan-peraturan PBT bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat sidang khas MKN pada 21 Jun lepas yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles