Saturday, December 4, 2021

82 lagi korban Covid-19, kes baru kekal catat angka lepasi 5,800

Selangor kekal catat kes harian tertinggi disusuli Kuala Lumpur dan Sarawak.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,812 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 722,659.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,187 disusuli Kuala Lumpur (771), Sarawak (673), Negeri Sembilan (658), Melaka (223), dan Johor (196).

Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,775 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 657,739.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 60,117.

Dalam pada itu, 870 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 433 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 82 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 4,803.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles