Wednesday, December 1, 2021

McAfee ditemui mati bunuh diri di penjara Sepanyol

Perintis perisian antivirus John McAfee ditahan di penjara Sepanyol sejak Oktober 2020.

Other News

Perintis perisian antivirus komputer John McAfee ditemui meninggal dunia dalam sel penjara di Sepanyol pada Rabu, selepas mahkamah meluluskan ekstradisinya ke Amerika Syarikat (AS) selepas dikehendaki pihak berkuasa negara itu kerana didakwa mengelak daripada membayar cukai.

Lelaki berusia 75 tahun itu ditemui mati dalam sel beliau di penjara Brians 2 berdekatan Barcelona dan “dipercayai membunuh diri,” kata jurucakap sistem penjara di Catalonia.

Jurucakap lembaga undang-undang cawangan Catalan yang mengawasi mahkamah Sepanyol, Majlis Kehakiman Umum (CGPJ) turut mengesahkan penemuan mayat McAfee di sel beliau sekitar pukul 7 malam waktu tempatan.

McAfee berada di penjara Sepanyol sejak ditahan di lapangan terbang Barcelona pada Oktober 2020 ketika beliau mahu berlepas ke Istanbul.

McAfee didakwa gagal memfailkan cukainya antara 2014 dan 2018 walaupun menerima pendapatan berjumlah jutaan dolar daripada khidmat nasihat, tukaran matawang kripto, selain jualan hakcipta kisah kehidupan peribadinya.

Sekiranya disabitkan bersalah, McAfee boleh berdepan hukuman 30 tahun penjara.

Dalam sebuah kenyataan, jabatan kehakiman Catalonia hanya berkata bahawa sebuah siasatan sudah dibuka setelah seorang tahanan berusia 75 tahun yang tidak disebutkan namanya yang berdepan tindakan ekstradisi ke AS ditemui meninggal dunia dalam penjara.

“Para pengawal dan kakitangan perubatan segera campur tangan untuk melakukan usaha menyelamatkan beliau, namun doktor kemudian mengesahkan kematiannya,” kata kenyataan tersebut.

Mahkamah Kebangsaan Sepanyol sebelum ini berkata pihaknya telah meluluskan ekstradisi McAfee ke AS.

Keputusan tersebut masih boleh dirayu dan ekstradisi tersebut juga memerlukan kelulusan Kabinet Sepanyol.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles