- Iklan -
Berita

84 lagi korban Covid-19 dicatat, kes baru rekod 5,841 jangkitan

869 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 438 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai yang hadir dan menunggu giliran sebelum menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.
Orang ramai yang hadir dan menunggu giliran sebelum menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,841 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 716,847.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,072 disusuli Negeri Sembilan (781), Sarawak (581), Kuala Lumpur (552), Kedah (271), Melaka (247).

Hanya Perlis (5) sahaja yang mencatat kes harian satu digit.

Negara juga mencatat sebanyak 5,411 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 650,964.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 61,162.

Dalam pada itu, 869 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 438 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 84 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 4,721.