- Iklan -
Berita

Syarikat kredit komuniti dibenarkan beroperasi sepanjang ‘lockdown’

Syarikat kredit komuniti dan pemberi pinjam Wang perlulah membuat permohonan baru kebenaran pengoperasian melalui laman sesawang Miti.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang peniaga duduk sambil membaca surat khabar sambil menanti pelanggan di Jalan Sultan, Kuala Lumpur. Suasana di kawasan ini lengang daripada kunjungan orang ramai berikutan PKP 3.0 bermula 1 Jun hingga 28 Jun 2021.
Seorang peniaga duduk sambil membaca surat khabar sambil menanti pelanggan di Jalan Sultan, Kuala Lumpur. Suasana di kawasan ini lengang daripada kunjungan orang ramai berikutan PKP 3.0 bermula 1 Jun hingga 28 Jun 2021.

Kerajaan membenarkan operasi sektor kredit komuniti (KK) atau pemberi pinjam wang (PPW) yang berdaftar di bawah kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) untuk beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) Fasa 1 berkuat kuasa serta-merta.

Dalam sebuah kenyataan, KPKT berkata keputusan tersebut dibuat dalam menysuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 18 Jun lalu.

Syarikat kredit komuniti dan pemberi pinjam Wang perlulah membuat permohonan baru kebenaran pengoperasian menerusi www.miti.gov.my dengan mengakses Portal CIMS 3.0.

Kebenaran operasi itu juga tertakluk di bawah SOP berikut:

  • Waktu operasi dihadkan dari 9 pagi hingga 5 petang;
  • Hanya 2 orang pelanggan dibenarkan berada dalam premis dalam satu-satu
    masa;
  • Kapasiti pekerja adalah terhad kepada 60% kehadiran;
  • Syarikat wajib menyediakan kemudahan QR Code MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan;
  • Pelanggan perlu menjalankan imbasan suhu badan di pintu masuk dan
    menggunakan hand sanitizer sebelum memasuki premis.

KPKT turut berkata pengoperasian sektor kredit komuniti ini merupakan sektor ke-13 yang telah disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu di bawah kluster kerajaan tempatan di dalam Sistem CIMS 3.0 sepanjang tempoh PKP Fasa 1 ketika ini.

Pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada no telefon di bawah:

Urusan pelesenan : 03-8891 4695/4661/4659/4652/4721
Urusan aduan : 03-8891 4690/4668/4658/4708