- Iklan -
Berita

83 lagi korban Covid-19, kes baru kembali rekod angka lebih 5,000

5,244 kes baru direkodkan sementara Selangor rekod kes harian tertinggi sebanyak 2,001 jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling membawa penambahan stok vaksin ke PPV Anjung Kelana, Taman Desa.
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling membawa penambahan stok vaksin ke PPV Anjung Kelana, Taman Desa.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,244 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 711,006.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,001 disusuli Negeri Sembilan (677), Sarawak (577), Kuala Lumpur (531), Johor (282), Pahang (245).

Hanya Perlis (1) sahaja yang mencatat kes harian satu digit.

Negara juga mencatat sebanyak 6,372 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 645,553.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 60,816.

Dalam pada itu, 879 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 433 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 83 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 4,637.