- Iklan -
Berita

Malaysia catat kes baru bawah 5,000 bagi hari kedua

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,566.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos ke dua  kepada penghuni Pusat Transit Gelendangan Kuala Lumpur di Anjung Kelana, Taman Desa.
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos ke dua kepada penghuni Pusat Transit Gelendangan Kuala Lumpur di Anjung Kelana, Taman Desa.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,743 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 705,762.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,566 disusuli Kuala Lumpur (635), Negeri Sembilan (585), Sarawak (507), Johor (239), dan Sabah (193).

Hanya Perlis (2) dan Putrajaya (7) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,557 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 639,181.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 62,027.

Dalam pada itu, 875 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 445 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 77 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 4,554.