Thursday, December 9, 2021

Zahid desak kerajaan laksana titah Agong, atau dianggap derhaka institusi Raja Melayu

Presiden Umno Zahid Hamidi mahu Parlimen bersidang dalam masa 14 hari.

Other News

Umno hari ini menggesa kerajaan Perikatan Nasional untuk menjalankan sidang Parlimen dalam masa 14 hari mengatakan jika kerajaan gagal melaksanakan maka mereka boleh dianggap sebagai menderhaka kepada institusi Raja Melayu.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata amat mustahak untuk Parlimen bersidang segera bagi membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat yang sedang kesempitan dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Umno menyokong penuh kedua-dua kenyataan media Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menzahirkan pendirian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.

“Justeru, tidak perlulah berdolak-dalik lagi istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ yang digunakan di dalam kedua-dua kenyataan media perihal Sidang Parlimen, yang hakikatnya menzahirkan kesepakatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.

Zahid turut berkata satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi akan diadakan bagi memuktamadkan tindakan selanjutnya.

Terdahulu, beberapa pertemuan telah diadakan di Istana Negara antara Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan pemimpin-pemimpin parti politik.

Selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu susulan siri pertemuan tersebut, Agong telah mengeluarkan kenyataan supaya sidang Parlimen Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan di Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan lain, Raja-Raja Melayu turut menyuarakan persetujuan mereka terhadap Agong yang mahu sidang Parlimen diadakan segera selain menyatakan tiada keperluan untuk darurat diteruskan selepas 1 Ogos depan.

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sudah ditangguh sejak darurat diisytiharkan pada Januari lalu bersama pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles