Tuesday, July 20, 2021

Remaja bawah umur antara 8 ditahan ketika berparti, dikompaun RM4,000

Semakan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif dadah.

Other News

Dua remaja perempuan antara lapan individu yang ditahan polis kerana menyertai parti persendirian di sebuah unit soho di I-City dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Shah Alam Baharudin Mat Taib berkata mereka yang berusia 15 hingga 23 tahun itu ditangkap selepas polis menerima aduan orang awam berhubung sebuah unit yang disewa mengadakan aktiviti berkumpul beramai-ramai.

“Dua remaja perempuan berusia 15 tahun itu masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing mendapati tujuh daripada mereka positif dadah.

“Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini membenarkan ketujuh-tujuh individu itu ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tiga dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Selain itu, kesemua lapan individu berkenaan turut dikompaun RM4,000 masing-masing kerana melanggar prosedur operasi standard di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat, penyakit berjangkit 2021.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles