Sunday, July 25, 2021

Kes baru Covid-19 turun bawah 5,000, jangkitan keseluruhan cecah lebih 700,000

60 lagi korban Covid-19 sementara 880 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,611 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 701,019.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,346 disusuli Sarawak (682), Perak (453), Negeri Sembilan (437), Johor (314), dan Kuala Lumpur (310).

Perlis menjadi negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,439 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 633,624.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 62,918.

Dalam pada itu, 880 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 452 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 69 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 4,477.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles