- Iklan -
Berita

1,612,974 individu lengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam

Lima negeri yang mencatat penerima kedua-dua dos paling tinggi ialah Selangor dengan 208,031, Sarawak (186,008), Johor (167,469), Perak (150,000) dan Kuala Lumpur (141,094).

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai yang hadir dan menunggu giliran sebelum menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.
Orang ramai yang hadir dan menunggu giliran sebelum menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.

Seramai 1,612,974 individu di negara ini lengkap dua dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Berdasarkan perkongsian data di akaun Twitternya, seramai 4,202,601 individu atau 12.9 peratus populasi di negara ini menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 5,815,575 dos.

Lima negeri yang mencatat penerima kedua-dua dos paling tinggi ialah Selangor dengan 208,031, Sarawak (186,008), Johor (167,469), Perak (150,000) dan Kuala Lumpur (141,094).

Adham berkata, jumlah pemberian vaksin harian di negara ini pada Ahad ialah 140,573 dos, melibatkan 116,514 penerima dos pertama dan 24,059 dos kedua.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin dalam laman sesawang www.vaksincovid.gov.my sebanyak 15,426,982 pendaftaran direkodkan setakat semalam.