- Iklan -
Berita

60 lagi korban Covid-19, kes baru kekal pada paras 5,000

5,293 jangkitan baru direkod dan Selangor penyumbang kes tertinggi sebanyak 1,680.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas perubatan tentera memberi vaksin kepada penduduk di Kem Sungai Besi dan anggota tentera secara pandu lalu.
Petugas perubatan tentera memberi vaksin kepada penduduk di Kem Sungai Besi dan anggota tentera secara pandu lalu.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,293 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 696,408.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,680 disusuli Negeri Sembilan (693), Sarawak (661), Johor (627), Kuala Lumpur (379), dan Perak (205).

Hanya Putrajaya (4) dan Perlis (2) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,941 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 628,185.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 63,815.

Dalam pada itu, 880 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 454 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 60 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 4,408.