Monday, July 26, 2021

72 lagi korban Covid-19 dicatat, kes baru rekod 5,911 jangkitan

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,111.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,911 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 691,115.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,111 disusuli Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498), Kuala Lumpur (483), dan Perak (245).

Hanya Putrajaya (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baru.

Negara juga mencatat sebanyak 6,918 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 622,244.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 64,523.

Dalam pada itu, 886 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 441 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 72 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 4,348.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles