Thursday, December 9, 2021

Polis siasat laporan mengenai dakwaan kenyataan ‘derhaka’ Takiyuddin

Hamzah Zainudin berkata setiap aduan dan laporan polis yang diterima akan disiasat dengan teliti tanpa mengira darjat.

Other News

Polis menyiasat laporan yang dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berhubung kenyataannya yang didakwa derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah.

Tanpa menyatakan akta siasatan tersebut dijalankan, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata setiap aduan dan laporan polis yang diterima akan disiasat dengan teliti tanpa mengira darjat.

Menurut laporan media, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur semalam bagi meminta polis menyiasat kenyataan Takiyuddin yang didakwa memperlekeh pandangan Sultan Abdullah supaya menyegerakan sidang Parlimen.

Pada Rabu, Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Susulan itu, Takiyuddin dilaporkan berkata pandangan Seri Paduka berhubung persidangan Parlimen itu tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan.

“Biarlah polis dapatkan maklumat dahulu mengenai laporan itu dan kita tidak boleh terus kata (laporan itu) di bawah seksyen apa. Polis perlu tahu apa kesalahan dilakukan,” kata Hamzah pada sidang media rangkuman operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh hari ini.

Ditanya sama ada Takiyuddin akan dipanggil polis, Hamzah berkata sesiapa yang terdapat dalam laporan polis akan dipanggil dan disiasat.

“Sesiapa sahaja dalam laporan polis kita akan buat siasatan. Kita tiada darjat mengenai itu,” katanya.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles