Thursday, July 29, 2021

Pada usia senja, warga emas tabah jaga anak OKU

Keperluan perubatan dan rawatan memerlukan kos dan kudrat yang tinggi untuk Paridah.

Other News

Ketika anaknya mengadu sakit dada bulan Mac lepas, Paridah Muhammad meyangka ia adalah sakit paru-paru berair yang sering dialami anak istimewanya itu.

Seperti biasa, dia akan bersiap untuk ke Hospital Putrajaya bagi merawat penyakit anaknya itu.

Setelah pemeriksaan jantung dan darah dilakukan, wanita berusia 63 tahun itu diberitahu anaknya perlu ditahan di wad kecemasan.

Keesokan paginya, Paridah melawat bergegas ke wad untuk lawatan namun tiada respons diberikan anaknya.

“Dia tak pandang pun bila namanya dipanggil. Mata pun meliar ke tempat lain.

“Selepas diimbas, doktor memberitahu anak saya terkena angin ahmar disebabkan tekanan darah yang tinggi, dan lumpuh separuh badan.

“Ketika diberitahu, makcik tak boleh terima. Makcik marah dan menangis tapi doktor dan jururawat pujuk makcik. Anak makcik terlantar di hospital selama tiga minggu akibat angin ahmar itu” katanya ketika ditemui MalaysiaNow di rumahnya di Sepang.

Kejadian itu mengubah nasib anaknya, Chik Saim, 41.

Dahulunya dia boleh bergerak seperti biasa meskipun menghidapi “Sindrom Down”, namun kini Chik hanya terlantar di katil di ruang tamu rumahnya.

Paridah berkata, doktor mencadangkan pembedahan namun dia tidak berani meneruskan operasi kerana peluang untuk anaknya hidup hanya 50-50.

Bertambah buruk

Paridah menjaga anak istimewa itu sejak kecil.

Pelbagai cabaran sudah diharungi wanita itu dalam menjaga anak kedua daripada enam adik-beradik itu.

“Semasa kecil, hendak melahirkan dia pun susah, namun Alhamdulillah selamat walaupun dia agak ‘lembik’. Dia lambat bergerak dan bangun. Umur dia  tujuh tahun baru dia boleh bangun dan bergerak.

“Makcik usaha juga jaga berjumpa doktor dan cuba perubatan tradisional untuk merawatnya ketika kecil,” katanya.

Wakil MyHeart Association, Dr. Farhana ‘Aqilah Mohammed Hasrori hadir melawat dan memberikan sumbangan kepada Paridah.

Namun, tiada cabaran yang lebih besar ditanggung wanita itu selepas anaknya terlantar akibat angin ahmar.

Akibat baring terlalu lama, Chik mempunyai luka besar di bahagian punggung selain buah pinggang dan jantungnya merosot selain penyakit kencing manis dihadapinya.

Dia akan dirujuk ke Hopsital Serdang untuk pemeriksaan jantung bulan depan selain masih minum susu menggunakan tiub nasogastrik.

Tiub perlu ditukar sebulan sekali di klinik kesihatan Salak Tinggi.

Paridah berkata dia tidak mampu menjaga anaknya itu berseorangan.

Dia mengajak seorang anak lelakinya pulang dan tinggal bersama bagi membantunya menjaga Chik.

Namun, kudrat tuanya bukan satu-satu halangan dalam menjaga anak istimewa itu.

Kos rawatan anaknya juga menyesakkan kewangan Paridah.

“Sejak dia terbaring, sudah dua kali dia terpaksa dikejarkan ke hospital, pada bulan April dan Mei. Ambulans memang datang untuk mengambil ke hospital namun untuk balik semula ke rumah, makcik kena cari sendiri ambulans dan pakai duit sendiri. Perjalanan satu hala dalam RM250 ke RM250, tengok atas budi bicara ambulans,” katanya.

Kos itu tidak termasuk keperluan lain seperti ubat-ubatan, lampin, gel, dan alat cuci luka.

Pada usia 63 tahun, Paridah tidak lagi bekerja.

Kekangan kewangan sememangnya mencabar namun dia bersyukur kerana anak-anak dan serta pusat zakat sentiasa membantu dari segi kewangan.

Namun, di sebalik dugaan itu, beban Paridah terasa ringan apabila nasibnya mendapat perhatian pertubuhan kebajikan, MyHeart Association yang memberi sumbangan peralatan kesihatan, ubat-ubatan dan pengangkutan bernilai RM15,000.

“Makcik selalu berdoa pada Allah kalaulah dia boleh makan secara normal dan duduk di kerusi roda pun makcik bersyukur sangat,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles