Monday, August 2, 2021

Calon peperiksaan sekolah diberi keutamaan vaksin, kata Khairy

Keputusan itu dicapai setelah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) meluluskan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Other News

Murid-murid kelas peperiksaan tingkatan 5 dan 6 tahun ini akan diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin, kata menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ia diputuskan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) setelah Bahagian Regulatori Farmasi Negara meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak 12 ke 15 tahun.

Menurutnya, kementeriannya sedang bekerjasama dengan kementerian pendidikan bagi menyelaraskan suntikan untuk guru, kakitangan dan murid-murid peperiksaan.

“Murid-murid yang menghadapi peperiksaan awam perlu ke sekolah untuk persediaan.

“Kita mungkin menggunakan sekolah. Murid akan datang ke sekolah pada hari pertama pembukaan, akan ada khemah vaksinasi dan mereka boleh teruskan (persekolahan).”

Khary berkata demikian dalam satu sesi webinar anjuran Oxford & Cambridge Society Malaysia.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, terdapat lebih 357,000 murid-murid tingkatan 5 dan 47,000 guru yang mengajar tingkatan itu. Mereka akan terlibat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan pada Mac tahun depan.

Menurut Menteri Pendidikan Radzi Jidin, sehingga kini, lebih 90,000 orang guru menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles