Monday, July 26, 2021

Pembantu nafi bekas perdana menteri meninggal dunia

Abdullah Badawi merupakan perdana menteri dari 2003 hingga 2009.

Other News

Pembantu bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi menafikan berita mengenai kematian beliau dan akan mengambil tindakan undang terhadap penyebar berita palsu tersebut.

“Untuk makluman semua pihak, Tun berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga beliau. Pejabat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu.

“Pihak pengurusan berharap masyarakat dapat memastikan dahulu kesahihan dari pihak yang berautoriti sebelum menyebarkan apa-apa berita bagi mengelakkan kekeliruan,” kata kenyataan tersebut,” kata sebuah kenyataan dalam akaun Facebook Abdullah Badawi.

Sebuah kenyataan kononnya Abdullah telah meninggal dunia tersebar di media sosial pagi ini selain ucapan takziah kepada keluarganya.

Abdullah, 81, merupakan perdana menteri dari 2003 hingga 2009. Beliau kemudian diganti oleh Najib Razak.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles