Thursday, August 5, 2021

Tiada keputusan muktamad isu lanjut atau tamatkan darurat, kata wakil PH dalam jawatankuasa penasihat

PH sekali lagi menegaskan darurat tidak diperlukan sementara PKP sudah cukup untuk menangani pandemik.

Other News

Tiga wakil pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong hari ini berkata tiada sebarang keputusan muktamad mengenai melanjutkan atau menamatkan tempoh darurat bagi dipersembahkan kepada Agong sebelum tarikh akhir darurat 1 Ogos depan.

Dalam sebuah kenyataan yang ditandatangani Saifuddin Nasution (Kulim-PKR), Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-Amanah) dan Anthony Loke (Seremban-DAP) itu, mereka berkata PH telah menyampaikan pandangan-pandangan mereka kepada jawatankuasa tersebut.

Pandangan-pandangan tersebut termasuk perihal pandemik Covid-19, vaksinasi, kematian harian, kemudahan hospital, keadaan ekonomi negara dan kesan kepada kehidupan rakyat.

“Kami juga menyampaikan pendirian bahawa pendekatan ‘government intervention’ dalam bentuk perintah kawalan pergerakan (PKP) dan darurat adalah dua perkara yang berbeza dalam menangani pandemik Covid-19.

“Pendirian kami ialah tiada keperluan untuk darurat dilaksanakan, sebaliknya pelaksanaan PKP yang lebih ketat adalah kaedah terbaik.”

Mereka turut sekali lagi menegaskan pendirian PH bahawa persidangan Parlimen harus segera diadakan sebagai mekanisma semak dan imbang sesuai dengan prinsip demokrasi berparlimen dalam negara.

Sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah digantung sejak proklamasi darurat awal tahun ini.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dipengerusikan bekas ketua hakim negara Arifin Zakaria telah ditubuhkan di bawah  under the Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021
yang dikuatkuasakan pada Januari tahun ini.

Jawatankuasa dwipartisan itu terdiri daripada ahli-ahli Aprlimen kerajaan dan pembangkang selain beberapa pakar kesihatan dalam bidang berkaitan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles