Thursday, August 5, 2021

Sumbangan vaksin China, Jepun bantu rancakkan program vaksinasi negara

China bersetuju menyumbang 500,000 dos vaksin SinoVac-CoronaVac kepada rakyat Malaysia.

Other News

Komitmen China dan Jepun untuk menyumbang vaksin kepada Malaysia dilihat sebagai langkah tepat pada masa untuk menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ketika ini, kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata, beliau menerima perutusan daripada rakan sejawatannya dari China, Wang Yi yang menyatakan China bersetuju menyumbang 500,000 dos vaksin SinoVac-CoronaVac kepada rakyat Malaysia.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya dengan tulus ikhlas menyuarakan penghargaan kepada rakan sejawatan, Wang Yi dan Kerajan China kerana bermurah hati menghulurkan sumbangan, dan ia akan banyak membantu usaha bersama kami dalam memerangi wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Hishammuddin turut mengalu-alukan pengumuman yang dibuat rakan sejawatannya dari Jepun, Motegi Toshimitsu pada Selasa mengenai rancangan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dihasilkan Jepun kepada Malaysia

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada rakan sejawatan, menteri Toshimitsu dan kerajaan Jepun berhubung perkembangan positif ini.

“Ini adalah penting dalam hubungan Malaysia-Jepun yang akan memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara,” katanya.

Hishammuddin berkata, Malaysia amat menghargai sokongan tidak ternilai oleh China dan Jepun, dua negara yang dianggap sebagai rakan lama, sepanjang penularan wabak ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles