- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 kekal di paras 5,000, ragut 73 nyawa

924 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 453 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai yang hadir dan menunggu giliran sebelum menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.
Orang ramai yang hadir dan menunggu giliran sebelum menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,150 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 673,026.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,914 disusuli Negeri Sembilan (607), Sarawak (570), Kuala Lumpur (480), Johor (392), dann Kelantan (230).

Hanya Perlis (8) dan Putrajaya (6) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 7,240 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 600,935.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 67,949.

Dalam pada itu, 924 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 453 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 73 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 7,240.