Thursday, August 5, 2021

Tajuddin ingatkan semua parti politik jangan desak PRU15 diadakan

Pengarah pilihan raya Umno itu berkata fokus ketika ini harus diberiktan kepada usaha memerangi Covid-19.

Other News

Mana-mana parti termasuk Umno tidak perlu mendesak kerajaan Perikatan Nasional supaya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam waktu terdekat ini, kata Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata jika tindakan tersebut diteruskan, ia hanya akan menyukarkan usaha kerajaan dalam memerangi penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Seharusnya ahli Umno membantu kerajaan dalam usaha memberi fokus mencegah, memerangi serta mengurangkan risiko kadar kebolehjangkitan virus Covid-19.

“Saya sebagai pengarah Pilihan Raya Umno percaya kita semua perlu komited untuk terus membantu kerajaan menjayakan agenda negara dan membebaskan rakyat daripada pandemik ini.

“Peranan jentera pilihan raya Umno di negeri dan Parlimen yang bersedia hadapi PRU15 pada waktu ini, seharusnya digembleng untuk membantu kerajaan mengekang Covid-19,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Tajuddin, yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, berkata semua pihak perlu fokus kepada isu keselamatan dan kesejahteraan rakyat yang lebih kritikal ketika ini dalam berdepan angka tinggi jangkitan kes positif Covid-19 sekali gus tidak perlu berpolitik sepanjang masa.

Beliau berkata seramai 3.5 juta ahli Umno di seluruh negara boleh digerakkan bagi membantu kerajaan melandaikan lengkung rantaian Covid-19 dan pada masa sama, membolehkan mereka yang terkesan dengan pandemik itu berupaya meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles