- Iklan -
Berita

Pasukan outreach vaksinasi mula bergerak ke pedalaman Sarawak

Sibu dijangka menerima 30,000 dos vaksin Sinovac setiap minggu untuk Jun, meningkat kepada 40,000 dos seminggu pada Julai dan Ogos, 50,000 dos seminggu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada warga emas didalam bas bergerak di Pangsapuri PKNS, Kampung Baru.Mobiliti vaksinasi Covid-19 menjadi salah satu usaha 'outreach' orang ramai untuk meningkatkan kadar vaksinasi.
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada warga emas didalam bas bergerak di Pangsapuri PKNS, Kampung Baru.Mobiliti vaksinasi Covid-19 menjadi salah satu usaha 'outreach' orang ramai untuk meningkatkan kadar vaksinasi.

Pasukan outreach vaksinasi Covid-19 kementerian kesihatan (KKM) mula bergerak memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk rumah-rumah panjang di kawasan luar bandar di Sibu, bermula semalam.

Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak Annuar Rapaee berkata antara kawasan yang telah didatangani pasukan itu termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dengan memberi vaksin jenis Sinovac.

“Kita juga minta kerjasama tuai-tuai rumah supaya memastikan anak buah mereka hadir menerima vaksin manakala penduduk yang enggan diberi vaksin akan diberi kaunseling,” katanya ketika bersiaran langsung melalui media sosial miliknya malam tadi.

Dr Annuar yang juga penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata Sibu dijangka menerima 30,000 dos vaksin Sinovac setiap minggu untuk Jun, meningkat kepada 40,000 dos seminggu pada Julai dan Ogos, 50,000 dos seminggu.

Katanya jumlah vaksin itu mampu menampung keperluan penduduk di daerah ini dan pusat pemberian vaksin (PPV) juga akan ditambah sekiranya terdapat keperluan.