Saturday, June 19, 2021

Junta Myanmar tahan 638 suspek didakwa cetus keganasan, miliki senjata api

Sebanyak 50 senjata api, 2,502 peluru pelbagai jenis, 914 senapang buatan sendiri, 5,947 bom dan periuk api buatan sendiri selain peralatan berkaitan turut dirampas.

Other News

Pihak berkuasa Myanmar baru-baru ini menahan sejumlah 638 suspek kerana didakwa melakukan keganasan dan memiliki senjata api secara haram, lapor Xinhua.

Suspek itu termasuk 49 orang didakwa membakar harta benda awam, 61 membunuh, 256 memiliki senjata api dan peluru secara haram dan 272 lagi melakukan keganasan serta kerosakan.

Sebanyak 50 senjata api, 2,502 peluru pelbagai jenis, 914 senapang buatan sendiri, 5,947 bom dan periuk api buatan sendiri selain peralatan berkaitan turut dirampas.

Kejadian letupan, membakar harta benda awam serta sekolah dilaporkan berlaku di wilayah dan negeri di Myanmar sejak sebulan lalu.

Myanmar mengisytiharkan darurat pada 1 Februari lalu dan pemerintahan negara diambil alih Panglima Tentera Jeneral Min Aung Hlaing.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles