- Iklan -
Berita

RM80 bilion pelaburan diluluskan, meningkat 95% pada suku pertama 2021

Kesemua pelaburan tersebut melibatkan 993 projek dan dijangka menawarkan 32,557 peluang kerja.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Pekerja kilang elektronik melakukan kerja-kerja pembuatan di kawasan perindustrian Kota Damansara. Sektor pembuatan mendahului dalam pelaburan-pelaburan yang diluluskan pada Q1 dengan berjumlah RM58.8 bilion disusuli sektor perkhidmatan (RM15.6 bilion) dan sektor utama (RM6.2 billion).
Pekerja kilang elektronik melakukan kerja-kerja pembuatan di kawasan perindustrian Kota Damansara. Sektor pembuatan mendahului dalam pelaburan-pelaburan yang diluluskan pada Q1 dengan berjumlah RM58.8 bilion disusuli sektor perkhidmatan (RM15.6 bilion) dan sektor utama (RM6.2 billion).

Malaysia merekodkan kelulusan pelaburan bernilai RM80.6 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama dalam suku pertama (Q1) 2021, meningkat 95% berbanding tahun lalu yang merekodkan pelaburan bernilai RM41.2 bilion.

Malaysian Investment Development Authority (Mida) berkata angka-angka tersebut telah dibentangkan kepada Kabinet oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali hari ini.

Dalam sebuah kenyataan, ia berkata pelaburan itu melibatkan 993 projek dan dijangkan akan dapat menawarkan 32,557 peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, jumlah pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor-sektor utama yang diluluskan meningkat sebanyak 383.4% kepada RM54.9 bilion dari Januari hingga Mac tahun ini berbanding RM11.4 bilion nilai pelaburan yang diluluskan pada suku pertama tahun lalu.

Lima negara utama yang terlibat dalam FDI termasuk Singapura (RM43.1 bilion), Belanda (RM5 bilion), Korea Selatan (RM4.3 bilion), Taiwan (RM0.5 bilion) dan Hong Kong (RM0.3 bilion).

Pelaburan-pelaburan dari Singapura termasuk projek yang dimiliki secara 100% oleh China dengan sumber dana daripada rakan niaganya dalam negara.

Mida berkata pelaburan langsung domestik (DDI) pula terdiri dari baki RM25.7 bilion daripada jumlah tersebut, ia menyumbang sebanyak 31.9% kepada pelaburan-pelaburan yang diluluskan dalam ketiga-tiga sektor tersebut.

Kedah, Selangor, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur menyumbang sebanyak RM68.4 bilion atau 84.9% daripada keseluruhan pelabutan yang diluluskan dari Januari hingga Mac.

Sektor pembuatan mendahului dalam pelaburan-pelaburan yang diluluskan pada Q1 dengan berjumlah RM58.8 bilion disusuli sektor perkhidmatan (RM15.6 bilion) dan sektor utama (RM6.2 billion).

Di sektor pembuatan, pertumbuhan pelaburan positif bagi Q1 didorong oleh kekukuhan prestasi, ia melonjak sebanyak 126.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Sebilangan besar pelaburan adalah dalam bidang elektrik dan elektronik (RM47 bilion), produk logam buatan (RM4.9 bilion), produk getah (RM3.3 bilion), bahan dan produk kimia (RM1.1 bilion), peralatan pengangkutan (RM0.5 bilion), pembuatan makanan (RM0.4 bilion), mesin dan peralatan (RM0.4 bilion) dan kertas, percetakan dan penerbitan (RM0.2 bilion).

Kesemua nilai itu merangkumi 98.3% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan untuk sektor ini.

Sektor perkhidmatan pula merekodkan 74.2% atau 737 projek diluluskan pada Q1, dengan pelaburan domestik mencecah RM15 bilion atau 96.2% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan untuk sektor tersebut.

Peningkatan pelaburan juga turut dicatatkan di subsektor perkhidmatan kewangan, pengedaran, perkhidmatan pendidikan, hartanah dan pertubuhan-pertubuhan global.

Penyumbang utamanya termasuk hartanah (RM8.9 bilion), perkhidmatan kewangan (RM2.7 bilion), utiliti (RM2 bilion), perkhidmatan sokongan (RM1.2 bilion) dan pengedaran (RM0.5 bilion).

Sementara itu, pelaburan yang diluluskan di sektor utama mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 3,097.3% dari RM0.2 bilion pada Q1 2020 hingga RM6.2 bilion pada Q1 tahun 2021.

Pelaburan dari sumber domestik mendominasi RM4.2 bilion atau 67.7%, dengan subsektor perlombongan mendahului dengan pelaburan sebanyak RM6.1 bilion diluluskan.