Saturday, October 16, 2021

Kes baru menurun, catat angka 5,671

Selangor dan Kuala Lumpur masih mendahului dalam catatan kes harian.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,671 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 639,562.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,510 disusuli Kuala Lumpur (769), Sarawak (631), Negeri Sembilan (593), Johor (524), Kedah (309), Kelantan (262).

Hanya Perlis (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 7,325 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 556,030.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 79,848.

Dalam pada itu, 911 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 462 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 73 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,684.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles