Tuesday, June 22, 2021

Gred purata keputusan SPM terbaik dalam 5 tahun

GPN terbaik dalam tempoh lima tahun meskipun SPM 2020 dijalankan dalam keadaan pandemik.

Other News

Gred Purata Nasional (GPN untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang direkodkan pada 4.80 menunjukkan peningkatan daripada GPN tahun lalu (4.86) sekaligus menunjukkan pencapaian calon dalam peperiksaan itu meningkat meskipun terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan akibat pandemik Covid-19, kata Menteri Pendidikan Radzi Jidin.

Beliau berkata, keputusan SPM 2020 meneruskan trend peningkatan GPN sejak lima tahun berturut-turut dan analisa itu berdasarkan calon yang mendaftar kali pertama dan sekurang-kurangnya enam mata pelajaran selain menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Untuk rekod, nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan peningkatan pencapaian calon yang lebih baik.

Radzi berkata jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar menurun daripada 0.44 mata (2019) kepada 0.3 (2020).

“Pencapaian calon bandar dan luar bandar menunjukkan peningkatan, namun peningkatan calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar.

“Calon layak mendapat sijil meningkat daripada 86.72% (2019) kepada 88.68% (2020),” katanya pada sidang media di dalam talian hari ini.

Katanya, 43 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 39 menunjukkan penurunan manakala satu mata pelajaran kekal.

“Untuk calon 2020, terdapat lima mata pelajaran teras yang menunjukkan peningkatan iaitu matematik, sains, pendidikan Islam dan pendidikan moral.

“Mata pelajaran yang menunjukkan penurunan ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,” tambahnya.

Calon-calon boleh menyemak slip keputusan awal SPM secara online menerusi portal yang disediakan kementerian pendidikan (KPM), iaitu myresult1.moe.gov.my dan myyresult2.moe.gov.my.

Slip keputusan penuh yang disertakan Jata Negara dan kod QR pula boleh dimuat turun mulai 14 Jun di laman sesawang myresult3.moe.gov.my.

SPM 2020 berlangsung pada 22 Februari hingga 25 Mac 2021 untuk sesi pertama, manakala sesi kedua berlangsung pada 6 hingga 23 April 2021 membabitkan 401,105 calon berdaftar.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles