- Iklan -
Berita

Ketua menteri Sarawak akan mengadap Agong minggu depan

Pemimpin parti kompnen Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut dijemput mengadap.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg. Gambar:  Bernama
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg. Gambar: Bernama

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg hari ini berkata beliau telah diberikan perkenan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong pada minggu depan.

Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu turut berkata beliau dihubungi Istana Negara hari ini mengenai perkara tersebut yang akan dijalankan melalui telesidang pada pukul 11 pagi, Isnin depan.

“Kenyataan ini merujuk beberapa laporan media bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menjemput dan memberi perkenan mengadap kepada beberapa pemimpin parti-parti politik,” kata kenyataan pejabat ketua menteri itu hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, jemputan tersebut turut termasuk presiden-presiden parti komponen GPS yang lain.

Pemimpin-pemimpin politik yang telah mengesahkan akan mengadap Agong termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan telah mengadap Sultan Abdullah pagi tadi.