Wednesday, June 16, 2021

WHO beri amaran harga tinggi, bahaya beli vaksin daripada orang tengah

WHO menasihatkan pengguna supaya mengenal pasti asal-usul sebuah produk berkaitan Covid-19.

Other News

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin memberi amaran mengenai bahaya membeli vaksin yang mahal daripada orang tengah, mengingatkan negara-negara supaya membeli vaksin yang diperakui oleh WHO dan mengenal pasti asal-usul produk itu, lapor Xinhua.

“Kami juga sedar wujud kebimbangan akan vaksin lain… melalui orang tengah (satu vaksin) pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga sebenar yang dijual oleh pengeluar,” kata Penolong Ketua Pengarah WHO Mariângela Batista Galvão Simão, untuk Akses kepada Ubat-ubatan dan Produk Kesihatan, semasa sidang media.

Isu peranan perantara untuk membeli vaksin dibahaskan baru-baru ini apabila terdapat orang tengah di Emiriah Arab Bersatu dikesan menjual vaksin Sputnik ke Ghana dan Pakistan pada harga dua kali ganda daripada harga asal.

Simao berkata negara harus membeli secara langsung daripada pengilang atau “menghubungi pengilang untuk memastikan bahawa perantaraan itu sah.”

“Terdapat banyak produk Covid yang tidak menepati piawaian dan palsu yang dikomersialkan di luar sana, jadi anda perlu mengetahui asal usulnya,” kata beliau.

Simao juga mengatakan bahawa penting untuk memvaksinasi orang ramai dengan produk yang “diperakui” oleh WHO.

“WHO menasihatkan negara-negara supaya menggunakan vaksin yang telah disenaraikan untuk tujuan kecemasan,” katanya, merujuk pada Senarai Penggunaan Kecemasan yang digunakan oleh organisasi itu untuk meluluskan vaksin baharu.

Setakat ini, lapan vaksin Covid-19 telah diluluskan oleh WHO untuk kegunaan kecemasan, termasuk dua vaksin China – Sinopharm dan Sinovac, yang kedua-duanya telah diedarkan di beberapa negara di seluruh dunia.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles