Friday, October 22, 2021

Warga emas di pedalaman Sarawak kini boleh dapatkan vaksin secara ‘walk in’

Kerajaan Sarawak sedang mempertingkatkan usaha vaksinasi dengan sasaran pemberian sejuta dos vaksin kepada penduduk negeri itu.

Other News

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata kerajaan Sarawak sedang mempertingkatkan usaha pemberian vaksin terutama di kawasan pedalaman di samping turut menambah warga emas di kawasan tersebut akan dibenarkan untuk menerima vaksin secara “walk in”.

Bercakap dalam sidang media di Kuching, Abang Johari berkata langkah tersebut perlu dilakukan demi memastikan suntikan vaksin dapat diakses oleh semua orang terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang tidak memiliki kemudahan teknologi.

“Masalah mereka yang tidak memiliki akses teknologi bukan sahaja berlaku di kawasan pedalaman.

“Di kawasan bandar juga wujud sebilangan orang yang tidak ada maklumat atau infrastruktur yang baik untuk menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Jadi apa yang kita buat adalah jadi lebih fleksibel. Dengan menggunakan sistem hibrid ini, saya harap ia akan dapat memperluaskan program imunisasi di Sarawak.”

Beliau berkata langkah tersebut akan membolehkan kerajaan negeri untuk mengenal pasti darta mereka yang sudah menerima vaksin.

“Mereka boleh pergi ke pusat pemberian vaksin dan daftar diri mereka selepas menerima vaksin.

“Langkah ini akan memudahkan mereka yang datang dari kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau turut berata pihaknya telah mengarahkan wakil-wakil kawasan untuk bantu sampaikan maklumat kepada semua penduduk Sarawak.

“Kita harap sasaran untuk jalankan suntikan sebanyak sejuta dos bulan ini dapat disempurnakan,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles