- Iklan -
Berita

Jangkitan baru catat 5,271 kes, sementara lebih 900 dimasukkan ke ICU

Selangor catat 1,374 kes disusuli Sarawak menyusul dengan angka 703.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota Bomba Kuala Lumpur melakukan sanitasi awam di PPR Perkasa, di Cheras.Malaysia menjalani PKP 3.0 pada 1 Jun hingga 14 Jun 2021 berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 sehingga paras tertinggi iaitu 9,020 kes.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,271 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 622,086.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,374 disusuli Sarawak (703), Negeri Sembilan (571), Kuala Lumpur (455), Johor (355), Kelantan (341) dan Sabah (336).

Hanya Perlis (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 7,548 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 534,357.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 84,269.

Dalam pada itu, 902 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 447 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 82 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,460.