- Iklan -
Berita

Hishammuddin jalani kuarantin, tidak sertai mesyuarat khas menteri luar Asean-China

Kementerian kesihatan mengenal pasti Hishammuddin, sebagai kontak rapat kepada seorang yang disahkan positif selepas menjalani ujian saringan PCR Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Luar Hishammuddin Hussein. Gambar: AP
Menteri Luar Hishammuddin Hussein. Gambar: AP

Menteri Luar Hishammuddin Hussein kini tidak lagi berada dalam keadaan yang sesuai untuk menyertai Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Asean-China di Chongqing, China yang dijadualkan esok, dan melakukan lawatan kerja rasmi ke Mesir, Kuwait dan Qatar.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, kementerian kesihatan mengenal pasti Hishammuddin, sebagai kontak rapat kepada seorang yang disahkan positif selepas menjalani ujian saringan PCR Covid-19.

“Walaupun menteri luar itu menjalani dua ujian PCR yang keputusannya negatif – namun di bawah garis panduan yang dikeluarkan kementerian kesihatan, beliau perlu menjalani kuarantin wajib dan pengasingan kendiri,” menurut kenyataan tersebut.

Wisma Putra menyatakan, Timbalan Menteri Luar Kamarudin Jaffar akan mewakili Hishammuddin selaku ketua delegasi ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Asean-China yang dijadualkan itu.

Hishammuddin juga menangguhkan lawatan kerjanya ke Mesir, Kuwait dan Qatar, dan tarikh baru akan ditetapkan menerusi perbincangan dengan kerajaan negara-negara terbabit, dan kementerian itu bekerjasama rapat dengan rakan sejawat di negara-negara tersebut untuk tujuan itu.