- Iklan -
Berita

87 korban akibat Covid-19, kes baru jatuh ke angka 6,241

Lebih dari 86,000 kes aktif dengan kebolehjangkitan direkodkan dalam negara.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia daerah Cheras (APM) lengkap berpakaian PPE memasuki zon merah untuk memanggil penduduk di Pangsapuri Sri Penara, Cheras turun melakukan ujian saringan Covid-19.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,241 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 616,815.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,178 disusuli Sarawak (600), Johor (565), Negeri Sembilan (556), Kuala Lumpur (415), Sabah (305) dan Kelantan (270).

Hanya Perlis (2) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,133 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 526,809.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 86,628.

Dalam pada itu, 890 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 444 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 87 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,378.