- Iklan -
Berita

Pengguna LRT, bas Rapid KL disaran buat ujian saringan Covid-19

Penumpang LRT laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi dan petang 1 Jun serta waktu puncak petang 3 Jun disaran jalani ujian saringan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Unit perkhidmatan pelanggan Rapid KL telah menerima mesej daripada seorang penumpang wanita yang memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 pada lewat petang 3 Jun.
Unit perkhidmatan pelanggan Rapid KL telah menerima mesej daripada seorang penumpang wanita yang memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 pada lewat petang 3 Jun.

Penumpang yang menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi dan petang 1 Jun serta waktu puncak petang 3 Jun lepas disaran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 susulan seorang penumpang disahkan positif Covid-19.

Prasarana dalam satu kenyataan hari ini memberitahu unit perkhidmatan pelanggan Rapid KL telah menerima mesej daripada seorang penumpang wanita yang memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 pada lewat petang 3 Jun.

Menurut kenyataan itu, wanita berkenaan turut berkongsi maklumat daripada MySejahtera untuk pengesahan perjalanan beliau pada dua hari berkenaan seperti berikut:

Tarikh: 1 Jun

Masa perjalanan: 10.10 pagi (LRT Stesen Universiti ke Stesen Abdullah Hukum)

Tarikh: 1 Jun

Masa perjalanan: 5:23 petang (LRT Stesen Abdullah Hukum ke Stesen Universiti)

Tarikh: 3 Jun

Masa perjalanan: 9 pagi – Bas Rapid KL (WUW 4149) dari Stesen Universiti ke Midvalley

Tarikh: 3 Jun

Masa perjalanan: 5.15 petang (LRT Stesen Abdullah Hukum ke Stesen Universiti)