- Iklan -
Berita

Korban Covid-19 lepasi 100, kes baru catat angka 7,452

109 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,291.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan sanitasi selepas masuk ke zon merah Pangsapuri Sri Penara di Cheras, Kuala Lumpur.Sri Penara dikenakan PKP diperketatkan (PKPD) pada 28 Mei lalu sehingga 10 Jun 2021 apabila lebih seratus kes positif Covid-19 dikesan di kawasan itu.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 7,452 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 610,574.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,509 disusuli Negeri Sembilan (843), Kuala Lumpur (678), Sarawak (651), Johor (412), Kelantan (312) dan Pahang (286).

Hanya Perlis (4) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 6,105 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 521,676.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 85,607.

Dalam pada itu, 886 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 446 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 109 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,291.