- Iklan -
Berita

Selangor catat kes lepasi 3,000 ketika kes baru kembali jangkau 8,000

Malaysia merekodkan 103 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,096.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pegawai perubatan  melakukan ujian pada kit ujian rapid (RTK) di. Malaysia melaksanakan PKP 3.0 selepas peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 melepasi 9,000 kes sehari.
Pegawai perubatan melakukan ujian pada kit ujian rapid (RTK) di. Malaysia melaksanakan PKP 3.0 selepas peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 melepasi 9,000 kes sehari.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 8,209 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 595,374.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,125 disusuli Kuala Lumpur (801), Johor (752), Sarawak (594), Negeri Sembilan (576), Kelantan (414) dan Perak (384).

Hanya Perlis (5) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 7,049 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 508,947.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 83,331.

Dalam pada itu, 880 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 446 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 103 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 3,096.