Saturday, June 19, 2021

Kematian tertinggi hari ini, angka keseluruhan hampiri 3,000

Kadar kematian dalam negara akibat koronavirus kini berada pada 0.51%.

Other News

Malaysia merekodkan kematian akibat Covid-19 tertinggi hari ini sebanyak 126 menjadikan jumlah keseluruhan mencecah angka 2,993 – berbaki tujuh untuk mencapai angka 3,000.

Angka kematian hari ini mencatat 123 orang warganegara dan tiga lagi warga asing menjadikan kadar kematian akibat Covid-19 dalam negara kepada 0.51%.

Sebelum ini angka tertinggi kematian harian adalah sebanyak 98 orang pada 29 Mei lalu.

Selangor mendahului negeri lain dalam kes kematian Covid-19 hari ini dengan 29 kes, disusuli Kuala Lumpur (18), Negeri Sembilan (14), Kelantan (12), Johor (11), Kedah (10), Labuan (8), Melaka dan Terengganu (lima masing-masing), Sarawak (4), Pahang (3), Sabah, Putrajaya and Perak (dua masing-masing) and Penang (1).

Mangsa tertua adalah seorang wanita berusia 98 tahun di Perak dengan sejarah penyakit angin ahmar, mangsa meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Ia disusuli seorang wanita berusia 95 tahun di Kuala Lumpur dengan sejarah penyakit diabetes dan darah tinggi, mangsa meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Dua mangsa termuda masing-masing wanita berusia 26 tahun. Mangsa pertama meninggal dunia di Hospital Labuan sementara seorang lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles