- Iklan -
Berita

Covid-19 rekod 126 korban, kes baru jangkau angka 7,700

878 pesakit ditempatkan di ICU sementara 441 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Peniaga runcit bersama rakannya duduk menikmati makan tengah hari sambil menanti pelanggan di Jalan Tun H.S Lee pada hari pertama sekatan penuh pergerakan. PKP 3.0 dilaksanakan selepas kes jangkitan meningkat secara mendadak di seluruh negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 7,703 menjadikan kes keseluruhan jangkitan Covid-19 meningkat sebanyak 587,165.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,728 disusuli Kuala Lumpur (701), Sarawak (588), Negeri Sembilan (586), Johor (554), Kelantan (541) dan Pulau Pinang (407).

Hanya Putrajaya (1) dan Perlis (7) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 5,777 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 501,898.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 82,274

Dalam pada itu, 878 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 441 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 126 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,993.