- Iklan -
Berita

Putrajaya umum penutupan operasi kilang minuman keras

Ismail berkata kebenaran beroperasi hanya diberikan kepada kilang makanan dan minuman berkaitan keperluan asas sahaja.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kilang minuman keras tidak dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan penuh pergerakan di bawah PKP. Gambar: AP
Kilang minuman keras tidak dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan penuh pergerakan di bawah PKP. Gambar: AP

Putrajaya mengumumkan kilang minuman tidak dibenarkan untuk beroperasi kerana tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas yang dibenarkan beroperasi ketika sekatan penuh pergerakan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dalam kenyataan hari ini Ismail berkata kebenaran beroperasi hanya diberikan kepada kilang makanan dan minuman berkaitan keperluan asas sahaja.

“Sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP.

“Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ianya hanyalah untuk keperluan asas sahaja. Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.

Di bawah sekatan penuh pergerakan yang bermula 1 hingga 14 Jun 2021 hanya perkhidmatan dan sektor perlu sahaja yang dibenarkan beroperasi oleh kerajaan.

Perniagaan dibenarkan untuk meneruskan operasi dan perlu ditutup pada pukul 8 malam.

Sekatan penuh pergerakan dilaksanakan selepas peningkatan jangkitan sehingga mencecah lebih 9,000 kes minggu lalu.